Requested by birthday girl..my darling Mya Aisya Izzabelle.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal Ayam Ramadhan
Requested by birthday girl..my darling Mya Aisya Izzabelle.
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam – dibersihkan dan digreng sedikit selepas di gaul bersama sedikit kunyit dan garam.
- 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan seinci halia – di kisar
- 3 senduk cili kisar
- 1 biji bawang besar di hiris bulat
- 3 sudu besar sos tomato
- minyak masak
- garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
- minyak lebih dari goreng ayam tadi digunakan untuk menumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan.
- masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
- masukkan garam secukup rasa.
- setelah cili garing masukkan secawan air dan sos tomato. – kacau rata sehingga mendidih.
- masukkan gula secukup rasa.
- setelah mendidih masukkan hirisan bawang dan biarkan seketika.
- masukkan ayam yang telah digoreng tadi – gaul rata.
- setelah digaul rata biarkan seketika supaya mesra. :)
- kini sambal ayam sudah sedia untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.