???Sambal Ayam KASIH Ramadhan®

Assalamualaikum.. beberapa hari saja lagi kita akan mnyambut bulan suci Ramadhan, kesempatan yang ada ingin sy brkongsi respi sambal ayam yang sejujurnya menepati selera yg sy cari selama ini. Jadi bahan utamanya tentulah ayam & cilikisar.. tpi penyedapnya ada pada serai, daun pandan & idea spontan penghujungnya iaitu.. mixfruit, yg mmbangkitkn lagi rasaaa. Sesuai sekali d sajikn ketika brbuka puasa & sahur nanti.. InsyaAllah menepati selera kawan2 juga :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

???Sambal Ayam KASIH Ramadhan®

Assalamualaikum.. beberapa hari saja lagi kita akan mnyambut bulan suci Ramadhan, kesempatan yang ada ingin sy brkongsi respi sambal ayam yang sejujurnya menepati selera yg sy cari selama ini. Jadi bahan utamanya tentulah ayam & cilikisar.. tpi penyedapnya ada pada serai, daun pandan & idea spontan penghujungnya iaitu.. mixfruit, yg mmbangkitkn lagi rasaaa. Sesuai sekali d sajikn ketika brbuka puasa & sahur nanti.. InsyaAllah menepati selera kawan2 juga :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – ptg kecil/sederhana/cuci/tos
  • *1 labu bwg besar
  • *6-8 biji bwg merah
  • *6 ulas bwg putih
  • *2 inci kunyit hidup
  • bhn* d kisar
  • 1 mngkuk kecil@1 1/2 cwn cili kisar
  • ~toptips Z~ seeloknya cili kering d rebus/tos/kisar+sedikit minyak~
  • 6 btg serai(L) – ketuk aja(kasi hancur ckit)
  • 10 helai daun pandan – carik2 sedikit & simpul
  • 1@2 btg kulit kayu manis
  • 1 cawan mixfruit/buah2an cmpuran
  • 1 sudu besar(sedikit rata) pes asam jawa adabi/bancuh dgn 3/4 cwn air
  • 2 sudu besar maggi ckup rasa/sedikit garam
  • 2 sudu besar gula @ ikut pedas
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskn 3/4 minyak(minyak bnyak sbb ayam x d goreng), tumiskn serai, k.kayu manis d ikuti bhn * hingga naik bau/x prlu garing
  • Masukkn cili kisar & gula, kacau sebati & pecah minyak sedikit – masukkn ayam, gaul sebati(masak mnggunakn api sedrhana aja)
  • Ayam sedikit kecut, masukkn air asam jawa – kacau slalu, ayam 1/2 masak masukkn daun pandan, gaul mesra gtew
  • Agak2 ayam 3/4 masak, masukkn maggi ckup rasa – sesuai rasa garamnya d ikuti mix fruit, gaul sebati/slalu kacau hingga masak
  • Sambal ni sedikit kering @ ikut kesesuaian masing2 – Selamat mncuba.. yg pasti, sy dah jatuh cinta dgn aroma & rasanya.. sudi2lah mncuba :)
  • Akhirkata.. Selamat Mnyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua
  • ~Bulan Ramadhan bulan yg berkat..
    Bulan rahmat dan bulan utama..
    Pahala digandakan, doa diterima..
    Bulan Lailatul Qadar yg istimewa~Isilah bulan ini, banyakkan amalan..
    Beribadah malam, siang berpuasa..
    Banyakkanlah sedekah jgn dikira..
    Moga ia menjadi penebus dosa..
    Membaca Al-Quran jgn dilupakan..
    Zikir dan Tasbih elok disertakan..
    Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara..
    Agar Ramadhan tidak sia-sia~Hindarkanlah dosa di setiap anggota..
    Kalau boleh dosa hati jua..
    Kerna dosa itu merosakkan pahala..
    Agar kita tidak mensiakan Ramadhan..
    Isilah Ramadhan dgn sebaiknya..
    Kerna ia datang setahun sekali..
    Tahun hadapan belum tentu jumpa..
    Kerna kita mati bila-bila masa~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago