Salad Buah Mangga

sedap! sampai buat BER kali2!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salad Buah Mangga

sedap! sampai buat BER kali2!

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji buah mangga muda (saiz tapak tangan)
  • 15gm belacan, dibakar depan belakang
  • 2 biji bawang merah kecil, dimayang halus
  • 3 batang cili padi hijau, cincang sederhana halus
  • 2 batang cili padi merah,cincang sederhana halus (cili padi boleh dilebihkan jika suka)
  • 2 tsp (sudu kecil) sos ikan nampla
  • 2 biji limau kasturi, perah airnya
  • sedikit gula & garam (jangan bubuh garam dahulu kerana sos nampla tadi sudah agak kemasinan, tapi boleh tambah garam jika kurang perasanya)
  • 3 tbsp (sudu makan) kacang, disangar dahulu & ditumbuk sederhana kasar, boleh ditambah jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Hancurkan belacan yg agak kering dibakar tadi dgn garfu supaya hancur berderai. Ketepikan.
  • Kupas kulit mangga lalu sagat memanjang (sederhana halusnya) buah mangga. Ketepikan.
  • Dalam sebuah mangkuk yg besar, masukkan kesemua bahan kecuali kacang & garam. Gaul perlahan2 menggunakan 2 sudip besar kiri & kanan. Perasakan.
  • Jika kurang masinnya bolehlah ditambah garam.
  • Alihkan pada mangkuk hidang & taburkan kacang tumbuk tadi. Memang sedap dimakan bersama kari ikan! Cubalah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago