Bagaimana cara nak masak Sagu Warna-Warni?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sagu Warna-Warni
Bagaimana cara nak masak Sagu Warna-Warni?
BAHAN-BAHAN
- ½ cawan sagu mata ikan putih
- ½ cawan sagu mata ikan merah
- ½ cawan sagu mata ikan hijau
- 3 cawan air
- Pewarna merah, hijau dan kuning
- 1 cawan santan kotak
- Sedikit garam
- 1 cawan air
- ½ cawan gula pasir
- 2 sudu makan gula merah
- 2 helai daun pandan (Disimpul)
Bahan A
Bahan B (Air gula)
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan 1 cawan air di dalam kuali non-stick dan masukkan sagu mata ikan putih dan pewarna kuning.
- Kacau sebati sehingga sagu masak dan nampak jernih.
- Masukkan sagu ke dalam mangkuk dan sejukkan.
- Ulang masak sagu berwarna merah dan hijau seperti cara masak sagu kuning tadi.
- Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih.
- Tapiskan ke dalam mangkuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan kacau rata.
- Potong sagu yang disejukkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi santan. Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.