Bagaimana cara nak masak Sagu Warna-Warni?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sagu Warna-Warni

Bagaimana cara nak masak Sagu Warna-Warni?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • ½ cawan sagu mata ikan putih 
  • ½ cawan sagu mata ikan merah 
  • ½ cawan sagu mata ikan hijau 
  • 3 cawan air 
  • Pewarna merah, hijau dan kuning 
  • 1 cawan santan kotak
  •  Sedikit garam
  • Bahan B (Air gula)
  • 1 cawan air 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul)
CARA PENYEDIAAN
    1. Didihkan 1 cawan air di dalam kuali non-stick dan masukkan sagu mata ikan putih dan pewarna kuning. 
    2. Kacau sebati sehingga sagu masak dan nampak jernih. 
    3. Masukkan sagu ke dalam mangkuk dan sejukkan. 
    4. Ulang masak sagu berwarna merah dan hijau seperti cara masak sagu kuning tadi. 
    5. Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih. 
    6. Tapiskan ke dalam mangkuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan kacau rata. 
    7. Potong sagu yang disejukkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi santan. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN