dapat masa menghadiri usrah di tempat saya ni…itulah kelebihan belajar ilmu akhirat dan dunia dapat semua..insyaallah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SAGU PANDAN GULA MELAKA

dapat masa menghadiri usrah di tempat saya ni…itulah kelebihan belajar ilmu akhirat dan dunia dapat semua..insyaallah

BAHAN-BAHAN

  • 350g sagu biji direndam 5 minit cuci dan toskan
  • 2600ml air dicampur 2 camb gula pasir
  • 7 helai daun pandan dikisar dan ambil airnya
  • 1 camt pewarna hijau epal
  • lapis atas :-
  • 100 g tepung beras
  • 1400ml air dicampur dengan 1 paket santan pekat
  • 1camt penuh garam halus
  • 2camb gula pasir
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • gula melaka untuk dibuat air gula melaka (dimasak bersama daun pandan dan tambahkan gula pasir)
CARA PENYEDIAAN
  • rendam 5 minit sagu, cuci dan toskan sebentar.
  • masak sagu dan masukkan pewarna, 2 camb gula pasir sehingga agak kental, adunan ini tidak berapa pekat setelah sagu masak.
  • setelah sagu berkurangan putihnya tuang dalam bekas dadih satu persatu dan sejukkan dalam 5 minit sahaja. sagu cepat membeku.
  • masak pula tepung beras dan bahan yang lain, adunan ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak bergentel, masak sehingga keluar buih besar, api sederhana.
  • tuang di atas sagu tadi, tapi lapisan jangan terlalu tebal untuk memberi ruang air gula melaka nanti.
  • sejukkan dalam petisejuk, sedap dimakan sejuk…ia tahan 1 minggu dalam peti sejuk
  • air gula melaka itu untuk dituang di atas sagu tadi ketika hendak dihidang..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending