Saffron Rice

Saffron Rice ni berasal dari beberapa negara,dengan resipi masing2 yg ada sedikit perbezaan.
Resipi yg ini merupakan masakan Persian,yg sesuai dimakan begitu sahaja @ dengan lauk ayam/daging pilihan
kalbu.Aroma saffron cukup memikat ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Saffron Rice

Saffron Rice ni berasal dari beberapa negara,dengan resipi masing2 yg ada sedikit perbezaan.
Resipi yg ini merupakan masakan Persian,yg sesuai dimakan begitu sahaja @ dengan lauk ayam/daging pilihan
kalbu.Aroma saffron cukup memikat ;)

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras basmathi(wajeb gune basmathi..)
  • 3 ½ cawan air stok ayam (kuantiti air begantung juge pada jenis beras,boleh dikurangkan..)
  • 1/2 sudu kecil saffron,yg direndam dalam 2 sb air panas selama 10minit
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 cawan bawang besar,dipotong dadu
  • 1/2 cawan kismis(kuning @ hitam tak kisah..)
  • 1/2 cawan badam cincang/hiris
  • 1/2 cawan pine nuts
  • 1-2 sudu besar minyak sapi
  • << Bahan2 utk stok ayam>>
  • 1kg Rangka ayam(dalam 1-2 rangka..nak tambah tulang2 pun ok)
  • 2 liter air sejuk
  • 1 biji bawang besar holand,belah 4,tak yah kupas kulit
  • 4 biji bawang putih,diketuk,tak yah kupas kulit gak
  • 2 btg carrot,dihiris tebal2
  • 2 batang celery, dihiris tebal2 juge
  • 2 helai bay leaf
  • 5-6 biji lada hitam
  • sedikit daun parsley
  • sedikit herbs spt rosemary & thyme jika ada
CARA PENYEDIAAN
  • Bersih dan toskan beras basmathi
  • Panaskan minyak sapi dalam kuali,gorengkan badam,kismis dan pine nuts berasingan,
    toskan atas tisu dapo utk menyerap lebihan minyak.
  • Ni ghupe pine nut…check it out :P
  • Dalam periuk lain,panaskan minyak zaitun,bila minyak dah panas,tumis bawang hingga kekuningan.
    Masukkan beras dan kacau rata,biar beras disalut dgn minyak dan bawang,selama seminit.
  • Kemudian,masukkan air stok ayam,saffron + air rendamannya,garam secukup rasa,kacau rata dan didihkan dgn menggunakan
    api besar.Ni saffron yg digunakan
  • Bile dah start mendidih jer,cecepat tutup periuk dan gunakan api kecik.(Lebih baik balut tudung periuk dengan kain,so
    stim tak tekeluar)
    Biarkan nasik masak dengan api kecik ni selama lebih kurang 20minit.Padamkan api.Biar lagi 5 minit dalam keadaan bertutup
    utk teruskan proses meng’stim’ nasik.
  • Pastu, boleh lah bukak tdung periuk,dan gemburkan nasik dengan garfu @ chopstick.Taburkan kacang2 & kismis yg dah digoreng awal2 tadi.
  • Siap!Hidangkan dengan salad segar(daun salad,timun,tomato,daun pudina) & yogurt asli.bes jugak klu digandingkan
    dengan kurma ayam & the geng..
  • (Step ni xtra je..sje nak share..)
    >> Stok ayam boleh dibuat sendiri..bnyk kegunaannya dan mmg puas hati!
    Bagi yg nak buat stok ayam sendiri,sila lihat cara dibawah:
    (Bagi yg malas nak layan,boleh je amik short cut,dgn menggunakan
    kiub ayam yg dilarutkan dgn air panas @ stok ayam maggi yg cair tu..)
  • Masukkan rangka ayam dalam periuk besar,besama dengan air dan smua bahan2 lain
    Periuk ditutup separa dan rebuslah selama 2 jam,api sederhana.
  • Sesambil tu,boleh la kaut ‘scum’ yg akan timbul kat atas pemukaan periuk.
    Lepas tu,bolehla ditapis air stok ni dan dibiarkan ke suhu bilik (hasilnya dalam 1.4L stok).
    Simpan dalam fridge utk 2-3 hari,dan dlm freezer boleh tahan 2-3 bulan.Defrost bile nak gune.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago