Roti Telur

Daripada emak mertua.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Telur

Daripada emak mertua.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk doh boleh diambil dari roti canai (guna setengah adunan sahaja)
  • 3 biji telur – digoreng hancur separuh masak (macam telur hancur) bersama sedikit garam
  • 2 biji kentang saiz sederhana – rebus dan lenyekkan sedikit
  • 1 tangkai cili merah – dihiris nipis
  • Sebiji bawang besar dihiris nipis
  • Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Canaikan doh hingga lembut dan liut. Kalau mahu senang canai guna mesin pembuat roti. Bila siap canai, matikan mesin, bahagikan doh kepada 5-6 bahagian…bulat-bulatkan dan rendam di dalam minyak sekurang-kurangnya 1 jam dan seelok-eloknya semalaman. Kalau mahu hasil doh yang lebih baik dan elastik, boleh gunakan tepung roti.
  • Campurkan telur, kentang, bawang dan cili merah di dalam satu mangkuk.
  • Tebarkan doh roti yang telah sedia untuk digunakan…kalau anda hebat, boleh juga tebar macam mamak…tapi kalau anda tidak biasa boleh saja guna cara saya dengan menarik-narik tepung di atas sebuah pinggan lebar/dulang…pastikan adunan tepung tidak koyak.
  • Letakkan campuran telur, kentang, bawang dan cili tadi di tengah-tengah adunan yang telah ditebar…percikkan sedikit minyak atau mentega di atasnya dan lipat tepung menutupi semua permukaan campuran telur tadi seperti melipat kain.
  • Panaskan kuali dengan sesudu minyak…goreng roti telur tadi hingga kekuningan…ulang proses yang sama hingga selesai kesemua 6 bahagian.
  • Enak dimakan bersama kuah kari yang banjir. Kali ini saya makan bersama kari ikan salmon…cubalah!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago