Roti Telur Nyummy…

Sangat mudah disediakan dan lazat..sangat sesuai untuk sarapan pagi atau bagi mereka yg berdiet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Telur Nyummy…

Sangat mudah disediakan dan lazat..sangat sesuai untuk sarapan pagi atau bagi mereka yg berdiet.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus roti potong (gardenia).Guna dlm 7-8 keping.
  • 1 bungkus daging burger ayam (Ramly).Guna dlm 3-4 keping
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis / dadu
  • 1 tangkai daun sup di potong halus.
  • 2-3 biji telur ayam (ikut size)
  • Sedikit serbuk lada hitam (kalau suka pedas letak lebih)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit air sejuk / masak
CARA PENYEDIAAN
  • Masak daging burger secara separuh masak sahaja.Kemudian toskan minyaknya.
  • Gunakan lebihan minyak di atas untuk menumis bahan-bahan yg lain.Gunakan sedikit sahaja.
  • Masukkan bawang,tumis sehingga naik bau dan wangi serta kekuningan.Masak menggunakan api yg sederhana.
  • Masukkan serbuk lada putih dan lada hitam.Gaul sebati bahan-bahan tersebut.
  • Masukkan daun sup untuk menambah aroma yg wangi dalam bahan masakan.
  • Akhir sekali angkat bahan-bahan tersebut dan sejukkan sebentar.Sambil itu potong daging burger secara memanjang.
  • Letakkan daging burger secara menyerong kerana mudah untuk digulung bermula dengan bentuk segitiga.Letakkan bahan-bahan yg telah ditumis tadi di atas daging burger.
  • Awas,jangan letak terlalu banyak bahan kerana susah untuk di gulung.Basahkan hujung roti dengan air untuk melekatkannya.
  • Ulang proses ini sehingga selesai.Seterusnya,sapu telur di bahagian luar roti.Panaskan kuali dan boleh di bakar / goreng roti tersebut.
  • Akhir sekali,sapu roti dengan sos cili untuk kelihatan menarik atau untuk extra pedas.Lebihan telur jangan dibuang.Boleh buat telur dadar. Selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago