Roti Sosej Mini

Saiz yang kecil sesuai untuk kanak-kanak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Sosej Mini

Saiz yang kecil sesuai untuk kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN

  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) yis kering
  • 8g susu tepung
  • 8 batang sosej (bahagi 2 = 16 batang)
  • Susu segar untuk sapu roti
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pembuat roti kecuali sosej. Ikut arahan pada mesin untuk buat doh roti.
  • Bila dah siap, keluarkan doh dari mesin. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  • Ambik sebiji doh, gentel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dah kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu). Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
  • Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar untuk kelihatan lebih perang.
  • Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago