Sedap dan rangup.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Sardin Goreng
Sedap dan rangup.
BAHAN-BAHAN
- Doh Roti:
- 140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
- 200g tepung roti
- 8g mentega
- 20g gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil yis kering
- ==============================
- Inti Sardin:
- 1 tin kecil sardin
- 1/2 biji bawang besar- potong dadu
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
- Ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (jika suka)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam, gula secukupnya
- ==============================
- Serbuk roti / breadcrumbs
- Telur
- Minyak untuk menggoreng penuh
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
- Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.
- Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian.
- Rehatkan roti selama 10-15 minit.
- Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
- Biarkan roti naik 2 kali ganda.
- Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
- Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs (serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.
- =========================
- INTI: Tumis bawang besar sehingga layu.
- Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
- Kemudian masukkan ubi kentang.
- Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau . Sesuaikan rasanya.
- Bila dah siap bolehlah tutupkan api.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.