Roti bentuk sandwich. Intinya boleh dipelbagai mengikut citarasa sendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai roti burger.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Sandwich

Roti bentuk sandwich. Intinya boleh dipelbagai mengikut citarasa sendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai roti burger.

BAHAN-BAHAN

  • 130ml air
  • 175g tepung roti warna putih
  • 25g tepung roti warna perang
  • 3g butter
  • 10g gula
  • 12g mentega
  • 3g dry yeast
  • *sedikit butter utk sapu
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting untuk doh.
  • Apabila telah siap, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 5 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  • Ambil sebiji, tumbuk-tumbuk untuk keluarka angin. Canaikan seperti dalam gambar. Kemudian sapukan butter ditengahnya.
  • Selepas itu lipat roti kepada dua bahagian. Ulang sampai habis.
  • Kemudian penaikkan sehingga dua kali ganda atau selama lebih kurang 30 minit.
  • Bakar dengan suhu 200C selama 10 minit. Beginilah rupa roti setelah siap dibakar
  • Roti ni sesuai diisi dengan apa saja yang disukai mengikut selera masing-masing. Makan dengan aiskrim pun sedap.
  • Sedap juga dimakan dengan salad + cheese
  • NOTE: Texture roti ni kasar sikit sebab guna tepung warna perang. Kalau tak suka boleh guna semua tepung warna putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN