Roti bentuk bakul salad. Tanpa mentega atau minyak. Sesuai untuk diet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Salad

Roti bentuk bakul salad. Tanpa mentega atau minyak. Sesuai untuk diet.

BAHAN-BAHAN

  • Doh roti:
  • 175ml susu segar
  • 250g tepung roti
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar yis kering
  • Salad:
  • 1 biji kentang
  • 1/2 biji bawang besar- dicincang
  • 2 sudu besar sayur campur
  • 1 sudu besar yogurt
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • * Susu segar untuk sapu kat roti
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk buat doh ke dalam mesin pembuat roti. Pilih menu untuk buat doh.
  • Sementara tu, sediakan salad. Buang kulit kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Campurkan semua bahan-bahan untuk salad dan ketepikan.
  • Bila doh roti dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagiakan kepada 6 bahagian. Rehatkan selama 10 minit.
  • Ambik sebiji doh tadi. Bahagikan 20g untuk tangkai dan selebihnya untuk bakul. Untuk tangkai canaikan jadi bentuk panjang lebih kurang 10cm.
  • Manakala untuk bakulnya leperkan supaya boleh diisi salad.
  • Ambik bahagian tali. Putarkan sedikit dan buatlah jadi bentuk tangkai seperti dalam gambar. Biarkan naik 2 kali ganda. Atau penaik guna oven pada suhu 40C selama 30 minit.
  • Sapukan dengan susu sebelum dibakar. Bakar dengan suhu 180C selama 12-15minit. Biarkan roti di dalam oven 5-10 minit lagi untuk roti kelihatan lebih kuning.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN