Roti Roll

resepi dari youtube~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Roll

resepi dari youtube~

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cwn tepung gandum @ Tepung Roti
  • 1/2 cwn susu penuh krim
  • 1 biji telur saiz besar
  • 50g mentega
  • 3 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 paket yis
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega di dalam periuk.Bila dah cair masukkan susu penuh krim. Kacau hingga sebati. Susu itu kalau boleh biar simpan dlm peti sejuk so bila campur dengan mentega susu itu akan menjadi suam.
  • Bila campuran susu dan mentega menjadi suam, masukkan gula,garam dan telur.
    Kacau perlahan2 dan masukkan yis.
    Biarkan seketika lebih kurang 8minit @ hingga nampak buih2 yis muncul.
  • Apabila dah nampak buih2 yis tu masukkan tepung gandum n uli dengan tangan lebih kurang 15minit. Kemudian biarkan doh selama 1jam.(Doh akan lembik sikit)
  • Setelah 1jam…doh akan kembang. Uli doh untuk kempiskan angin dlm doh.
    Selepas tu biarkan doh lebih kurang 30minit.
  • Selepas 30minit uli doh lagi lebih kurang 15minit. Kemudian bahagikan doh kepada 6 ketulan.
  • Doh tersebut diuli memanjang kemudian digulung berbentuk roll. Susun dalam dulang pembakar dan biar selama 1jam.
  • Cukup 1 jam, sapukan putih telur atas roti untuk dapatkan warna keemasan setelah dibakar nanti.
  • Bakar pada suhu 160*C – 200*C selama 15 ke 20min…
  • **** Sedikit tips jika doh masih lembik semasa hendak uli untuk bentukkan adunan tabur tepung sebelum diuli untuk membantu adunan menjadi lebih firm.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago