Resepi yang sngt mudah, tak memerlukan bahan yang banyak. Inti adalah pilihan sendiri, blh ltk kaya, inti kelapa, atau tabur gula halus atau cheese

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Red Bean

Resepi yang sngt mudah, tak memerlukan bahan yang banyak. Inti adalah pilihan sendiri, blh ltk kaya, inti kelapa, atau tabur gula halus atau cheese

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan air suam
  • 1 biji telor
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan margerin
  • 1 sudu makan shortening
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 setengah cawan tepung high protin (tepung gandum pun, blh)
  • 1 paket yis kering
  • sedikit bijan
  • paste red bean
  • kuning telor (untuk sapuan)
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Masukkan bahan mengikut urutan, dari atas ke bawah kecuali bijan dan red bean ke dalam Bread Maker.
  • 2. Setelah proses menguli selesai, keluarkan doh dan biarkan rehat selama lebih kurang 1 jam. (doh akan naik dua kali ganda)
  • 3. Tumbuk-tumbuk doh agar angin dilepaskan.
  • 4. Bentukkan doh bulat-bulat, sebesar bola ping pong, dan masukkan inti. (paste red bean)
  • 5. Susun di dalam loyang pembakar dan biarkan doh selama 40 minit.
  • 6. Panaskan ketuhar; temp: 160, timing: 20 minit.
    Sapukan doh dengan kuning telur yang telah dipukul dan tabur bijan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN