Roti Pita Dengan Daging

Resepi senang yang boleh diubah suai untuk menetapi kesukaan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Pita Dengan Daging

Resepi senang yang boleh diubah suai untuk menetapi kesukaan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang putih dipotong kecil
  • 1 bawang besar dipotong kecil
  • 4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil
  • 200g daging (atau ayam) kisar
  • 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • Kubis dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
  • Serbuk lada secukup rasa
  • 4 roti pita
CARA PENYEDIAAN
  • Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.
  • Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan.
  • Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.
  • Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.
  • Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada bahagian dalam roti pita tersebut.
  • Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak mengoyak roti pita itu.
  • Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.
  • Nota:
    – Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging tersebut. Tetapi harus dipotong kecil.
    – Keju juga boleh diletakkan untuk menjadikannya lebih sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago