I dapat resepi ni dari kawan Cina. Baru 2 kali cuba, kira okay juga. Tapi mungkin nak kena ubahsuai sikit kot, atas selera masing-masing. Cubalah, makan panas-panas, sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Paung

I dapat resepi ni dari kawan Cina. Baru 2 kali cuba, kira okay juga. Tapi mungkin nak kena ubahsuai sikit kot, atas selera masing-masing. Cubalah, makan panas-panas, sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm tepung gandum
  • 80 gm gula
  • 1 sudu teh yis dicampur 1/2 – 3/4 air suam
  • 2 biji telur
  • Marjerin
CARA PENYEDIAAN
  • Yis direndam air suam. Kemudian gaulkan kesemuanya sekali. Tinggalkan selama 2 jam.
  • Ambil sedikit adunan, masukkan marjerin ke dalamnya dan bulatkan.
  • Masukkan ke dalam tin pembakar – jarakkan sedikit. Tinggalkan sebentar lagi agar ianya naik sedikit.
  • Sapu atasnya dengan kuning telur atau marjerin.
  • Bakar selama 10-15 minit dalam 180C.
  • Kali kedua, saya masukkan sedikit pelembut roti, cubalah. Ada kelainannya. Gulanya dah kurang dari asal – 140 gm, tapi manis sangat untuk anak-anak. Terpulang kepada anda, nak manis atau tidak. Kalau emak saya, dia pakai tudung periuk je, lagi senang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN