Roti Kukus Bersama Kismis

Roti ni syok jika makan waktu minum petang, yela sambil relaks dan bersantai. Lagi pun senang sangat nak buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Kukus Bersama Kismis

Roti ni syok jika makan waktu minum petang, yela sambil relaks dan bersantai. Lagi pun senang sangat nak buat.

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku roti keping (Gardenia atau High 5)
  • 1 liter santan
  • Gula secukup rasa
  • Segenggam kismis
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula tuang santan dalam mangkuk, masukkan gula mengikut citarasa, jika suka manis letak lebih, kalau tak biasa-biasa je.
  • Lepas tu masukkan secubit garam tadi ke dalam santan dan kacau sebentar.
  • Lepas tu celupkan roti keping tadi satu persatu ke dalam santan dan susun ke dalam loyang. Tindih-tindihkan la.
  • Bila dah siap celup, baki santan tadi tuang ke dalam loyang yang berisi roti yang kita dah celup tadi hingga paras roti sahaja.
  • Akhir sekali, taburkan kismis ke atasnya dan kukus selama 15 minit atau hingga santan tadi meresap dan kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago