Roti ni syok jika makan waktu minum petang, yela sambil relaks dan bersantai. Lagi pun senang sangat nak buat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Kukus Bersama Kismis
Roti ni syok jika makan waktu minum petang, yela sambil relaks dan bersantai. Lagi pun senang sangat nak buat.
BAHAN-BAHAN
- 1 buku roti keping (Gardenia atau High 5)
- 1 liter santan
- Gula secukup rasa
- Segenggam kismis
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Mula-mula tuang santan dalam mangkuk, masukkan gula mengikut citarasa, jika suka manis letak lebih, kalau tak biasa-biasa je.
- Lepas tu masukkan secubit garam tadi ke dalam santan dan kacau sebentar.
- Lepas tu celupkan roti keping tadi satu persatu ke dalam santan dan susun ke dalam loyang. Tindih-tindihkan la.
- Bila dah siap celup, baki santan tadi tuang ke dalam loyang yang berisi roti yang kita dah celup tadi hingga paras roti sahaja.
- Akhir sekali, taburkan kismis ke atasnya dan kukus selama 15 minit atau hingga santan tadi meresap dan kering.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.