Roti Krim Coklat

Roti berinti krim coklat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Krim Coklat

Roti berinti krim coklat.

BAHAN-BAHAN

  • Doh Roti:
  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) yis kering
  • 8g susu tepung
  • Krim Coklat:
  • 40g coklat
  • 300g susu segar
  • 40g gula
  • 30g tepung jagung
  • 12g mentega
  • 18g serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam mesin pembuat roti. Pilih menu untuk buat doh. ‘ON’kan.
  • Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
  • Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
  • Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
  • Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  • Ambik satu doh roti, gentel memanjang lebih kurang 25-30 cm.
  • Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan mentega. Buat sampai habis.
  • Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit. Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
  • Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan mentega cair atau suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
  • Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan paipkan krim coklat tadi ke dalam roti.
  • TIP: Kalau tak nak buat bentuk ni pun takpe.. boleh buat bentuk bulat dan letak krim coklat di dalam.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago