Untuk sarapan pagi atau makan malam pun boleh… (menu sampingan kafe di pejabat).
myResipi
Resipi Ringkas
Medium
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Komando
Untuk sarapan pagi atau makan malam pun boleh… (menu sampingan kafe di pejabat).
BAHAN-BAHAN
1 batang sosej (potong nipis-nipis)
3-4 ketul cendawan butang (hiris nipis-nipis)
½ sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa dan minyak untuk menggoreng
10 keping roti
Salut luar: 2 biji telur + secubit garam
Panaskan kuali, dan goreng telur sampai masak (biar ia lembap sikit, tidak terlalu kering). Bila dah masak, ketepikan.
Ambil 2 keping roti, letak telur tadi di atas satu roti & tekapkan dengan roti lagi satu. Ulang buat sampai habis telur tadi.
Panaskan kuali yang tidak melekat dengan sedikit minyak.
Dalam mangkuk lain, pecahkan 2 biji telur, campur garam biar masin sikit saja (sebab inti dah masin) & kacau sedikit. Selepas itu, celup satu persatu roti (yang sudah siap ditekap dengan telur) dan goreng hingga kekuningan.
Bila dah siap goreng, bolehlah samada dipotong dua roti tu (dapat 10 set); atau tidak perlu potong (dapat 5 set).
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.