Tak payah beratur kat pasar malam… boleh buat sarapan atau minuman petang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti John Mudah

Tak payah beratur kat pasar malam… boleh buat sarapan atau minuman petang…

BAHAN-BAHAN

  • 250gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • Sedikit garam
  • 3 biji telur
  • Sedikit mentega
  • 6 keping roti ‘finger rolls’ (yang pandai buat roti boleh buat sendiri… saya tak pandailah…)
  • Sos dan mayonis (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang dan bawang putih.
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan serbuk kari.
  • Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak.
  • Belah dua roti jangan sampai putus.
  • Masukkan telur dalam daging cincang.
  • Pukul sebentar telur dan daging.
  • Panaskan mentega dalam kuali.
  • Sapukan adunan telur dan daging tadi di atas roti.
  • Terlangkupkan atas kuali.
  • Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar.
  • Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing.
  • Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN