Roti gulung sardin

SEDAP!!!slllrpp!!
reka sendiri jea…hehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti gulung sardin

SEDAP!!!slllrpp!!
reka sendiri jea…hehe

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku roti putih
  • 1 tin sardin Ayam Brand (tin yang sederhana)
  • 1/4 bawang besar – hiris dadu
  • 2 biji cili merah (nak buh cili api boleh gak, buh la dlm 8 biji or lebih)
  • 1 biji limau nipis – perah & amek airnya
    Sedikit garam (tak perlu letak pun xper coz sardin dah masin)
  • Sedikit tepung gandum dicampur dengan sedikit air – utk gamkan roti
  • – bancuhan tepung ni jgn cair sgt & jgn pekat sgt
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Asingkan sardin dengan kuahnya. Dalam mangkuk, hancurkan sardin menggunakan garfu. Bila dah hancur, masukkan sket je kuah dia (jgn byk sgt nanti inti jadi lembab).
  • 2. Pastu, masukkan cili, bawang, air perahan limau serta sedikit garam. Gaul rata.
  • 3. Proses seterusnya, amek sekeping roti, lenyekkan guna penggelek kayu. (yang wat karipap tu).. Supaya roti tu nipis, tak la tebal sgt semasa nak memakannya nanti. Buat proses yg sama hingga abes seme roti.
  • 4. Kemudian, amek roti tadi, letakkan inti sardin. Pastu, gulung roti dan gamkan menggunakan bancuhan tepung tadi. Buat hingga habis proses yang sama.
  • 5. Pastu, panaskan minyak secukupnya. Gorengkan terus roti gulung tadi hingga kekuningan.
  • * Ada sesetengah respi, roti dicelupkan ke dalam telur pastu golek dlm serbuk roti. Tapi Cik Soda punya respi ni, roti akan jadi lebih rangup tanpa celup dalam telur. Tak percaya, terai la wat.. Makan panas-panas. rangup je.. Hehehe…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago