Roti Chocolate

Isi coklat, rasa sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Chocolate

Isi coklat, rasa sedap.

BAHAN-BAHAN

  • Roti:
  • 2 cawan tepung roti
  • 1 1/2 sudu teh yis kering
  • 170ml susu segar (suam)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 1 sudu besar lemak sayuran
  • 1 1/2 sudu minyak sayuran
  • Inti:
  • 200 gm coklat masakan
  • 2 1/2 sudu besar mentega
  • 4 sudu tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
  • Roti: Masukkan kesemua bahan bahan roti ke dalam mesin kemudian tekan butang ‘on’. Tunggu sehingga doh siap dan keluarkan. Buat bentuk bulat kecil.
  • Inti: Teknik ‘double boiler’ – masukkan coklat dan kacau sehingga cair. Masukkan mentega, kacau sehingga mentega dan coklat sebati. Angkat dari dapur dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jika adunan cair atau lembik sangat, tambahkan sedikit tepung.
  • Ambil doh yang telah dibahagikan beberapa bahagian kemudian isikan inti di dalamnya, tutup kembali rapat agar inti tidak keluar dan masukkan dalam dulang. Jarakkan 1 1/2 inci satu sama lain kerana doh ini akan naik 2 kali ganda sehingga selama sejam.
  • Selepas itu, baru boleh dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20-35 minit. Siap untuk disantap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago