Roti Canai

Sedap, rasa macam kat warung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Canai

Sedap, rasa macam kat warung.

BAHAN-BAHAN

  • 550gm tepung gandum
  • *250gm air
  • *1 biji telur -50gm
  • *3 sudu besar susu pekat manis – 60gm
  • *1 sudu teh garam – 6gm
  • *1 sudu teh mentega/marjerin – 15gm
  • 1-2 sudu besar tepung gandum – untuk ditambah kalau terlebih lembik semasa menguli
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan * ke dalam bekas, kacau hingga sebati.
  • Masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.
  • Uli hingga jadi doh.
  • Rehatkan doh selama 10 minit.
  • Uli lagi selama 5 minit.
  • **ulang langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.** Perhatian: selepas kali ke 3 proses menguli & rehat, doh akan bertambah kenyal dan tak melekat. Jadi jangan risau kalau proses yang pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ranya lembik lagi selepas kali kedua menguli & rehat, tambah sedikit tepung (dalam 1 sudu besar).
  • Uli guna tangan, tapi kalau nak pakai mesin ‘breadmaker’ pun boleh. Untuk mesin, ikut langkah 1,2,3 di atas. Masukkan dalam mesin, programkan ke ‘basic bread’..biarkan proses selama 1 jam 15 minit. Selalunya doh lembik skit sebab suhu ‘breadmaker’. Masa mesin berhenti seketika (‘pause’), keluarkan doh, uli sekejap dengan sedikit tepung. Kemudian, masukkan balik dalam mesin.
  • Bentuk bulat-bulat (anggaran 12-16 biji bergantung pada saiz). Perap selama 3 jam atau lebih dan boleh ditebar atau di tarik-tarik.
  • *Jika tak habis tebar, boleh simpan dalam peti ais sehingga ke 2 hari.
  • *Tips: kalau terlebih uli, doh akan kenyal dan susah nak tebar. Bila masak roti akan kenyal. Itulah sebabnya proses uli, rehat, diulang 3 kali.
  • *Untuk komen dari skyblue dan yani: saya dah kemaskini jumlah air kepada 250gm. Doh roti canai ni memang keras berbanding dengan doh roti biasa. Tetapi, jangan risau, selepas diperap , doh akan lembut sebab kalau terlalu lembik, nanti bila nak tebar, akan koyak. Kalau tak tau tebar, boleh la tarik, nipis-nipis…
  • Lupa nak cakap. Masa lepas dibulat-bulatkan, hendaklah disapu dengan marjerin, kemudian baru simpan..dan masa nak tebar pulak, hendaklah di penyek-penyek dulu sebesar tapak tangan, kemudian rehatkan selama 10 minit, boleh buat banyak-banyak, lepas tu barulah di penyek besar-besar untuk proses tebar.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago