Roti canai segera

sesuai untuk minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti canai segera

sesuai untuk minum petang

BAHAN-BAHAN

  • 2 setengah cawan tepung gandum (guna cawan mug)
  • 1 sudu makan mentega (di cairkan)
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2 ler)
  • sedikit garam halus
  • minyak masak
  • mentega
  • minyak sapi
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).
  • Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin..
  • Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jam
  • canai doh tadi sehingga nipis (menggunakan teknik urutan) dengan menggunakan minyak masak.
  • Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni :
  • Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.
  • lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.
  • Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..
  • Notes: Untuk lebih rangup, goreng roti tanpa minyak terlebih dahulu, then baru letak minyak sapi/mentega..goreng sehingga garing dengan api yang perlahan..selepas digoreng bolela ditepuk2 dia semasa masih panas untuk lebih umphh…Doh yang telah dibentuk menjadi ros bole disimpan didalam freezer dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggoreng..untuk lebih tahan lama di dalam freezer, goreng roti separuh masak tanpa minyak then simpan didalam freezer sebelum di goreng garing

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago