Roti Bulat

Cara mudah buat roti. Tiada mentega, tiada minyak. Sesuai untuk diet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Bulat

Cara mudah buat roti. Tiada mentega, tiada minyak. Sesuai untuk diet.

BAHAN-BAHAN

  • **Bahan A**
  • 125g tepung roti
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 2 sudu besar gula
  • 150ml air (suhu bilik – 40C)
  • **Bahan B**
  • 125g tepung roti
  • 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan A. Kacau rata. Masukkan pula bahan B. Gaul sebati.
  • Keluarkan dari mangkuk. Ulikan di atas papan pencanai.
  • Uli guna kedua-dua belah tangan. Sekali sekala ketuk-ketuk doh pada papan pencanai.
  • Uli selama 10-15 minit. Guna 2 belah tangan. Tarik-tarik, tekan-tekan dan juga ketuk pada papan pencanai. Boleh rujuk gambar 2. Uli sehingga bila doh ditarik dengan tangan, boleh nampak jari di balakang.
  • Bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan pembalut plastik atau kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20minit).
  • “Finger test”. Celup jari ke dalam tepung. Kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. Bila nampak lubang tu, dah naiklah.
  • Tumbuk roti untuk keluarkan angin.
  • Bahagikan adunan kepada 8. Kemudian buat bulat.
  • Tutup rapat-rapat pada bahagian bawah. Rehatkan 10 minit
  • Selepas rehat, ambil sebiji roti. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian buat bentuk bulat semula macam gambar 8 dan 9. Penaikkan sehingga 1.5 kali ganda atau 20 minit.
  • Bakar dengan suhu 180C selama 8 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago