Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.