Rendang Pucuk Paku Negeri Sembilan

Ini adalah resepi emak saya, Hajah Habibah Haji Zakaria. Berasal dari Kampung Galau, Kuala Pilah, N9. Jangan terperanjat sebab resepi ni TIDAK guna bawang, ye. Kalau nak ganti ngan sayur lain cam pucuk ubi, pucuk pegaga, maman dan lain-lain boleh juga. Pasti menjilat jari.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Pucuk Paku Negeri Sembilan

Ini adalah resepi emak saya, Hajah Habibah Haji Zakaria. Berasal dari Kampung Galau, Kuala Pilah, N9. Jangan terperanjat sebab resepi ni TIDAK guna bawang, ye. Kalau nak ganti ngan sayur lain cam pucuk ubi, pucuk pegaga, maman dan lain-lain boleh juga. Pasti menjilat jari.

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
  • 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
  • 1 1/2 inci kunyit
  • segenggam ikan bilis
  • 3 keping asam keping
  • pati santan dari 2 biji kelapa.
  • garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa. Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.
  • Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.
  • Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan. Yummy.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago