Rendang Pedas Ikan Pari

Variasi rendang pedas Perak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Pedas Ikan Pari

Variasi rendang pedas Perak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ikan pari – dipotong2 (boleh juga guna ikan kayu @ ikan tongkol)
  • 10 biji cili kering (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 3 batang serai – dihiris (*)
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 liter santan – kurangkan jika terlalu banyak
  • 2 keping asam keping / asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit bersaiz sederhana – dihiris halus2
  • 2 cawan kelapa parut
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • *** Jika gunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan2 bertanda (*)
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar lagi tetapi jangan sampai hancur. Tambah air jika perlu atau boleh gunakan santan.
  • Masukkan bawang merah yang telah dihiris, bahan2 yang telah dikisar halus, serbuk kunyit dan juga santan ke dalam kuali.
  • Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih dan kuahnya berkurangan sedikit.
  • Kemudian masukkan ikan pari dan asam keping. Masukkan juga garam dan perasa secukupnya.
  • Masak sehingga kering tetapi jangan dikacau terlalu kuat kerana ikan akan hancur.
  • Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau sehingga rata.
  • *** Tujuan tunggu hingga kuah berkurangan dan baru dimasukkan ikan ialah supaya ikan tidak dimasak terlalu lama di dalam kuah. Ini akan membuatkan ikan hancur.
  • *** Saya punya rendang ni tak sempat nak bubuh daun kunyit sebab kehabisan daun kunyit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago