Rendang Kerang Warisan

Kepada sesiapa penggemar kerang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Kerang Warisan

Kepada sesiapa penggemar kerang.

BAHAN-BAHAN

  • 1-1 1/2kg kerang direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 15-20 tangkai cili padi
  • * Kisar bahan-bahan di atas*
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu gula
  • 1 1/2 cawam pati santan
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan untuk dikisar yang tertera di atas.
  • Masukkan semua bahan dikisar tadi ke dalam kuali berserta pati santan, rempah kari, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
  • Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit.
  • Masukkan kerang dan gaul sebentar.
  • Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula.
  • Akhir sekali masukkan pula garam dan bahan perasa secukup rasa.
  • Kalau sesiapa yang suka kering masak sehingga kering dan pada yang suka sederhana kering pun boleh ikut selera masing-masing.
  • Selepas siap dimasak, matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago