Rendang Jengkol@Jering + Daging

Resipi dari kawan mak orang indon tapi sy ubahsuai

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Jengkol@Jering + Daging

Resipi dari kawan mak orang indon tapi sy ubahsuai

BAHAN-BAHAN

  • Daging lembu 500grm
    Jering@Jenkol dalam 500 grm
    Kerisik 2paket (kalau xde pakai kelapa parut goreng tanpa minyak lepas tu kisar halus)
    Kelapa 2 biji(sy pakai kelapa 2 biji perah dan ambil santan)
  • Garam+Gula
    Kiub pati ayam 1 kiub kecil
    Rempah kari daging 3sudu besar
    Air asam jawa (agak ² dalam 2sudu)
    Daun Kunyit 1 helai (diracik halus)
  • Bahan dikisar (*)
    *Bawang Merah 3 biji
    *Bawang Putih 5 ulas
    *Lengkuas 3cm atau 1biji sederhana kecil
    *Halia 2cm
  • *Buah Keras 5biji/ketul
    *Cili Kering yang sudah siap direbus 1genggam kalau xnak pedas kurangkan
    *Cili padi (kalau nak pedas kalau xnak cukup dengan cili kering sahaja)
    *Serai 10 batang 6 btg dikisar lagi 4 untuk diketuk
    *Daun limau purut 3helai
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara

    Tumis bahan bertanda (*) iaitu bahan yang sudah dikisar
    Masak kan bahan dalam 15minit kemudian masukkan 4 serai yang diketuk daun limau purut daun kunyit yang diracik halus.Kemudian masuk kan daging yang sudah dipotong2 kerisik,santan yang diperah atau santan paket/kotak ..

    Masak dalam 20minit atau sampai daging lembut kemudian baru masukkan jering@jengkol masukkan juga garam gula dan kiub pati ayam dan air asam jawa
    Masak sampai kering atau kalau suka basah tambah sedikit air..
    Siappp :D

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago