sendiri reka sebab saja2 nak try menjadik ke tak. tapi kali ni sebab daun kunyit takde so tak lengkap le. tapi resepi sebenar ada daun kunyit ek hehehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang hijau daging dan kacang panjang

sendiri reka sebab saja2 nak try menjadik ke tak. tapi kali ni sebab daun kunyit takde so tak lengkap le. tapi resepi sebenar ada daun kunyit ek hehehe

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 kg daging
  • 5 batang kacang panjang
  • semangkuk santan
  • kerisik
  • bunga lawang,
    kulit kayu manis
  • asam keping
  • nise (gula org kelantan) atau gula
  • daun kunyit (hiris halus-jgn halus sgt kang jadik bunga rampai lak)
  • bahan kisar :-
    2 cili hijau,
    cili padi hijau ikut suka berapa nak,
    sedikit kunyit,
    seinci halia,
    seinci lengkuas,
    5 ulas bawang merah,
    serai,
    sedikit ketumbar,
    sedikit jintan manis
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang hingga garing
  • masukkan daging dan
    gaul dan masak hingga sebati
  • masukkan sedikit air dan masak lagi hingga daging empuk. lepas tu, masukkan kacang panjang, santan dan kerisik
    kacau hingga tangan lenguh hehehe…..
  • campak lak asam keping
  • pastuh kacau sampai ikut suka lah nak pekat mana kuahnya-kering ke atau sedikit berkuah
  • masukkan daun kunyit yang dihiris tu, kacau lagi dan lagi.. hehhe
  • perasakan dengan garam dan nise atau gula
  • tips : nak best lagi sangai (goreng tanpa minyak) dulu ketumbar dan jintan tuh. santan kalau boleh bahagi dua, pekat dan cair. masukkan yang cair dulu bila dah agak mendidih masukkan pula yang pekat. pastuh kalau daging tu nak diperap dulu separuh dengan bahan kisar pun boleh.. pepandai lah ye.. saya stok malas nyer.. hehe. semoga menjadik!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN