..bagi yang tak berapa suka rempah2 dalam rendang ini resepinya….sangat mudah..tidak muak..cuma perlu sabar memasaknya…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang daging unplugged

..bagi yang tak berapa suka rempah2 dalam rendang ini resepinya….sangat mudah..tidak muak..cuma perlu sabar memasaknya…

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo daging-(1 kilo daging + 1/2 kilo hati lembu + 1/2 kilo limpa lembu….kalau tak suka daging saja pun ok)
  • 2 pek santan segar- (1 pek berat 500g biasanya berharga +- rm2.00)
  • 2 genggam cili api-(terpulang, kalau suka pedas tambah lagi..jika tidak guna cili burung yg hijau dan panjang2, tu kurang pedas)
  • 1 inci kunyit hidup-(nak senang kunyit serbuk pun ok-3 sudu..orang bukan tau)
  • 4 batang serai dan 4 helai daun limau purut-(serai diketuk saja)
  • 1/2 biji kelapa (yang putih saja) digoreng tanpa minyak, api slow sehingga perang dan ditumbuk lumat- jadikan kerisik. Jangan beli kerisik= tengit!
  • 2 sudu kfc garam(diulangi 2 sudu kecil saja, jangan lebih nanti nyesal)
  • 1 cawan air(hanya diguna untuk blender cili api dengan kunyit saja-tidak perlu air tambahan untuk santan)
  • Sedikit bahan perasa (tok aji) dan 2 sudu gula jika suka(pilihan).
CARA PENYEDIAAN
  • Assalamualaikom semua, cara2nya mudah saja, blender cili api dengan kunyit dan masukan semua bahan2 diatas kedalam kuali yang besar supaya senang mengacaunya nanti. Tidak perlu tambah air kerana air dari daging tersebut sudah memadai. Beli daging biasa saja tak perlu daging lembut atau daging mahal…memasaknya memakan masa 2 jam lebih dan daging tersebut pasti akan lembut.
  • Cara membuatnya mudah saja kerana hamba masukan semua bahan2 diatas kedalam kuali yang besar supaya senang mengacau…cili api dan kunyit blend dulu..! masukan semua sekali kemudian dengan api sederhana masaklah sehingga kuah jadi pekat lebih kurang dalam 2 jam. Tak perlu step by step masukan bahan2 tersebut(orang tua2 marah jika buat cara ini tapi hamba buat mudah je).
  • Dalam masa 2 jam memasak rendang ni anda akan dapat hasil macam gambar diatas…berkuah sikit tapi pekat…sudah bolih dihidang dan bolih dimakan dengan ketupat lemang atau nasi….akan tetapi jika anda seorang penyabar dalam memasak (bukan hamba) bolihlah diteruskan lagi memasak rendang ini dengan api yang perlahan sehingga ia kering terbit minyak….pada tahap ini kesedapan rendang berganda tapi memerlukan sejam lagi lebihkurang…dan jika anda masih sabar lagi teruskan memasak rendang sehingga kering minyaknya dan rendang itu seolah olah macam serunding…pada fasa ini lah ia dinamakan rendang sejati…bolih tahan berbulan bulan dan rasanya menggegarkan jiwa.
  • Rendang ini tidak ade rempah ratus..tiada lengkuas… tiada bawang2 putih atau bawang merah….tak banyak bahan2 macam resepi2 lain yang banyak kat sini….Kenapa? ini untuk mereka2 yang tak berapa suka rempah2 dalam rendang….pada selera hamba, jika ada bahan2 lain tu masa mula2 makan memang ia sedap tapi bila diulang makan ia cepat terasa muak tambahan pulak jika letak dalam peti ais.
  • Segalanya atas selera masing2…jika ingin mencuba buat sikit2 dulu, kalau suka bolihlah buat 7 8 kilo….sangat best(selera hamba) kalau dicampukan daging, limpa, hati, jantung, paru, perut dan urat urat lembu….hehe kombinasi kolesterol! kalau tak suka buat dengan daging je lah…..kalau suka jugak urat2, paru dan perut lembu kene rebus sejam lebih dulu bagi lembut sikit.
  • Ok selamat mencuba….akhir kata..beringat ingat bila makan rendang kerana rendang tak ingat kita bila kene darah tinggi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN