Rendang Daging Ibu Mertuaku

Masakan orang Pahang. Biasenye mak mertua buat rendang ni time raye mkn dgn lemang. Tapi saye buat mkn ngn nasi himpit or nasi lemak pn sedap gak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Daging Ibu Mertuaku

Masakan orang Pahang. Biasenye mak mertua buat rendang ni time raye mkn dgn lemang. Tapi saye buat mkn ngn nasi himpit or nasi lemak pn sedap gak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging lembu (daging batang pinang)
  • *1 biji bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 cm halia
  • * 2 cm lengkuas
  • * 2 cm kunyit hidup
  • * 2 batang serai

    (* dikisar)

  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 paket santan serbuk / 200ml santan pekat (nak lebihkan santan pn blh)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • Daun kunyit (diracik halus)
  • gula & garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul daging dengan bahan2 kisar & masukkan dalam kuali. Masak hingga daging hampir empuk.
  • Masukkan santan, kerisik, asam keping & daun kunyit. Masak lagi hingga daging benar2 lembut. Tambah air sedikit sekiranya daging masih tak lembut lagi.
  • Masukkan garam & gula secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan kering.
  • * Kalau suka rendang tu basah2 skit jgn masak smpi kering sgt ok.
  • SELAMAT MENCUBA

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago