Project Description

Cara mudah memasak rendang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Cendawan Tiram

Cara mudah memasak rendang

BAHAN-BAHAN

  • Cendawan tiram – 300gm (potong halus)
  • Santan – setengah biji kelapa
  • * Bawang merah – 6 ulas
  • * Bawang putih – 2 ulas
  • * Cili padi – 10 biji
  • * Kunyit hidup – 3cm
  • * Halia – 2cm
  • * Lengkuas – 1cm
  • * Ikan bilis – 30gm (boleh diganti dengan kiub ikan bilis)
  • Cili giling – 2 sudu
  • Serai – 5 batang (separuh diracik, separuh diketuk)
  • Daun kunyit (separuh diracik, separuh dikoyak)
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan bertanda *.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan cili giling sekali. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, garam dan asam keping. Biar santan mendidih dan kacau sentiasa.
  • Masukkan serai ketuk, daun kunyit yang dikoyak dan daun limau purut. Biar mendidih lagi.
  • Masukkan cendawan, serai racik dan daun kunyit racik. Biar kuah sehingga pekat, boleh diangkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.