Rendang Ayam Pencen

resepi ni dari rendang Negeri Sembilan… modified skit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Pencen

resepi ni dari rendang Negeri Sembilan… modified skit.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam pencen
    4 cawan santan pekat
    2 sudu besar kerisik
    1 helai kunyit (di koyak)
    1 helai daun kunyit (di hiris halus)
    4 btg serai (di titik)
    1/2 bungkus serbuk kari daging
  • 1 btg kulit kayu manis
    3 kuntum bunga lawang
    3 keping asam keping
    1/2 sudu teh gula
    garam secukup rasa
    semangkuk air
  • Bahan Kisar:
    8 labu bawang merah
    6 ulas bawang putih
    3 btg serai
    3 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    1 inci lengkuas
    15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
    15 biji cili api
    2 biji buah keras
    secubit jintan manis & jintan putih
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.
    Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago