Rendang Ayam Pencen Daun Puding

Resipi mak mertua. Memang sodap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Pencen Daun Puding

Resipi mak mertua. Memang sodap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam pencen
  • 1 kilo santan pekat
  • Cili api (ikut pedas masing2)
  • Cili kering (ikut pedas masing2)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 7 batang serai (diblender halus)
  • 3 batang serai (dititik)
  • Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukupnyer
  • Daun puding
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam pencen kene rebus lama.
  • Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 – 1 1/2 jam.
  • Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
  • Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun puding yang telah disiat-siat.
  • Ini lah rupa daun puding. Di Kuala Pilah orang panggil daun ni daun puding. Kat tempat lain, kak ogy x pasti ler. Daun ni sedap sangat. Letak banyak pun xpe. Bila dah dimasak, warna daun ni agak hitam dan berkilat.
  • Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak. Dah siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago