Red Bean Stollen

Resipi dari Roshayati Johari. Ramai yang telah mencuba resipi ini. Hasilnya tidak menghampakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Red Bean Stollen

Resipi dari Roshayati Johari. Ramai yang telah mencuba resipi ini. Hasilnya tidak menghampakan.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 350 gram tepung roti/tepung berprotein tinggi
  • 150 gram tepung halus
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram susu tepung
  • 1 sudu teh penaik roti (jika suka)
  • 1 sudu teh pelembut roti (jika suka)
  • 4 sudu teh yis kering
  • * Gaul bahan di atas sebati
  • Bahan B:
  • Air
  • 1 biji telur kecil (pukul sikit)
  • * Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram
  • Bahan C:
  • 40g mentega
  • 40g lemak sayuran
  • * Boleh guna lemak sayuran atau mentega sahaja
CARA PENYEDIAAN
  • * Cara Menyediakan Roti *
  • Masukkan Bahan B ke dalam A dan uli sehingga adunan licin.
  • Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  • Perap doh selama 30 – 40 minit.
  • Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  • Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.
  • * Cara membuat Red Bean Stollen *
  • Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
  • Leperkan doh di atas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan di atas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
  • Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga ke bawah. Hanya di permukaan sahaja.
  • Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
  • Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago