suamiku makan kenduri di rumah iparku titi (afnizawati) di rembau… sedaaap… terus call saya untuk ke pasar dan masak lauk ini….dahsyat punya penangan!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rebung masak lemak

suamiku makan kenduri di rumah iparku titi (afnizawati) di rembau… sedaaap… terus call saya untuk ke pasar dan masak lauk ini….dahsyat punya penangan!

BAHAN-BAHAN

  • 500g usus lembu muda (usus kecil), dibasuh bersih dan dipotong 2 cm setiap satu.
  • 500 g rebung, basuh dan rebus hingga lembut
  • bahan kisar: 2 sudu makan ketumbar, 1 sudu teh jintan kasar, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 30 cili padi, sejemput ikan bilis
  • 1 batang serai, potong dua dan ketuk sedikit
  • 2 cawan santan dari sebiji kelapa
  • 1 keping asam gelugor
  • garam, kunyit, serbuk perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • rebus usus lembu dengan air (lebih kurang 5 cawan) dengan api sederhana hingga lembut (lebih kurang 3 jam, jika air hampir kering, tambahkan air)
  • satukan semua bahan, kecuali santan, masak di atas api sederhana, biar mendidih.
  • tambahkan santan , rasa asam garamnya, biar mereneh (mendidih perlahan) sekejap.
  • matikan api, bolehlah dihidang dengan nasi panas….
  • walaupun sedap, jangan dimakan banyak, kolestrol tinggi, lemak tepu pun tinggi…makan sikit boleh la…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN