Ramen Burger (aka burger megi)

Ramen burger, iaitu burger yang dibuat daripada mi segera, adalah ciptaan Keizo Shimamoto yang terkenal di New York. Yang ini resipi mudah saja, boleh buat untuk makanan ringan di rumah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ramen Burger (aka burger megi)

Ramen burger, iaitu burger yang dibuat daripada mi segera, adalah ciptaan Keizo Shimamoto yang terkenal di New York. Yang ini resipi mudah saja, boleh buat untuk makanan ringan di rumah.

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping daging burger Ramly
  • 1 paket megi / megi goreng
  • 1 biji telur
  • sedikit bahan perasa – lada putih, lada hitam, atau guna paket perasa megi pun boleh
  • sedikit sayur – salad, tomato, bawang (jika mahu)
  • sos cili/tomato
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus mi segera hingga masak. tuskan hingga air betul-betul kering.
  • Pecahkan telur ke dalam mi segera dan kacau hingga sebati. Masukkan secubit perasa (serbuk mi segera atau garam dan lada)
  • Bahagikan adunan kepada dua. setiap satu dibentukkan bulat (menggunakan mangkuk/loyang/atau tudung botol). Masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam hingga agak keras.
  • Masak daging burger. Boleh juga letakkan minyak perasa megi goreng (jika ada) ke atasnya, ataupun gunakan serbuk lada dan garam.
  • Keluarkan roti “megi” tadi dari peti sejuk dan masak kedua-dua belah selama 2-3 minit atau hingga sedikit perang. Jangan terlalu tekan pada minit awal, takut pecah.
  • Hidangkan. Letak megi pertama di atas pinggan, kemudian letak sayur, sos, dan daging burger serta bawang. letak megi kedua di atas sekali.
  • Selamat makan! Sesuai untuk pelajar, anak-anak bujang atau mereka yang kekurangan bahan makanan di rumah. Hehe

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago