Raisin Muffin

Bersama coklat..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Raisin Muffin

Bersama coklat..

BAHAN-BAHAN

  • 120g mentega – suhu bilik
  • 150g gula perang
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur- saiz besar
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 120ml susu segar
  • 200g kismis/buahan kering
  • 90g coklat-potong kecil-kecil
  • *Bahan untuk pecahan (‘crumble’)*
  • -14g serbuk badam
  • -25g tepung gandum
  • -25g mentega (sejuk)
  • -25g gula halus
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Masukkan sedikit demi sedikit gula perang dan halus sambil dipukul. Pukul sehingga kembang.
  • Masukkan sedikit demi sedikit telur iaitu 1/3 dan pukul. Masukkan 1/3 lagi dan pukul. Buat sampai habis.
  • Ayak tepung dengan serbuk penaik.
  • Masukkan 1/3 daripada tepung yang diayak tadi ke dalam no.3. Kacaukan.
  • Masukkan pula 1/2 daripada susu segar ke dalam no.5 dan kacau dengan kaedah kaup balik supaya udara masuk ke dalam adunan.
  • Ulang langkah 5 & 6 sehingga habis.
  • Masukkan pula kismis dan coklat. Kacau biar rata. Kalau nak nampak cantik kismis tu bolehlah dicincang halus. Isi penuhkan bekas muffin dengan adunan tadi.
  • Sediakan pecahan: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul dengan tangan sehingga jadi macam serbuk roti.
  • Taburkan pecahan ke atas muffin. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Turunkan suhu sehingga 170C. Bakar lagi sehingga 5~10 minit atau sehingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago