Quiche Tuna Berkeju

Khas untuk minum petang…buat sarapan pun ok!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Quiche Tuna Berkeju

Khas untuk minum petang…buat sarapan pun ok!!

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN PASTRI :-)
  • 220 g tepung gandum
  • 125 g mentega sejuk, didadu
  • 1 camca besar gula aising
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh serbuk bawang putih (tak suka tak yah bubuh)
  • BAHAN INTI :-)
  • 1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
  • 1 biji bawang besar, didadu halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 cawan mix vege (lobak, kacang pis dan jagung)
  • 1 camca besar mentega
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 ketul kiub ikan bilis ‘MAGGI’
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besar hirisan daun bawang*
  • 25 g parutan keju cheddar*(*utk hiasan)
  • BAHAN KASTARD:-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepung, gula aising dan serbuk bawang (jika guna) dalam mixing bowl. Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tak pe jika telur tak habis digunakan…
  • Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling, leperkan sedikit dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan canai doh antara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter kurang lebih 30 cm..
  • Alihkan doh ke dalam acuan tat yg dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya.
  • Kemudian cucuk2 permukaan doh dengan garfu, tujuan untuk membuang udara semasa proses membakar nanti.
  • Ambil sekeping aluminium foil, letak atas doh tadi dan tuang kekacang dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 minit.
  • Keluarkan dari oven, alihkan aluminium foil dan bakar lagi 10 minit. Keluarkan dari oven dan boleh diisi dengan inti.
  • Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih, bila wangi, masukkan daun bay, dan mix vege. Gaul rata. Masukkan tuna, serbuk lada sulah, kuib ikan bilis dan susu, kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Guna api perlahan.
  • Masukkan inti tadi dalam kulit quiche, ratakan. Bancuh semua bahan2 utk kastard hingga sebati dan tuang atas inti tadi. Tabur daun bawang dan parutan keju cheddar.
  • Bakar pada suhu 175C, selama 20 – 25 minit. Bila masak keluarkan dari oven dan biar sejuk, baru ditanggalkan dari acuan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago