resepi dari mak, baru buat semalam sebab abah nak sangat makan puteri mandi, tapi cari di bazar ramadhan xjumpa

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puteri Mandi Mudah & Sedap

resepi dari mak, baru buat semalam sebab abah nak sangat makan puteri mandi, tapi cari di bazar ramadhan xjumpa

BAHAN-BAHAN

  • 3 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  • Masukkan sedikit air (sedikit demi sedikit) dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.
  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian (di sini saya menggunakan perwarna hijau, merah, oren & original doh).
  • Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.
  • Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  • Apabila doh tadi sudah TERAPUNG, angkat dan asingkan.
  • Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  • Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati… Siap…. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN