Bagaimana cara nak masak Pulut Sambal Bilis?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pulut Sambal Bilis
Bagaimana cara nak masak Pulut Sambal Bilis?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan beras pulut (Direndam selama 2-3 jam dan tuskan)
- 1 cawan air
- 15 biji cili kering
- 2 labu bawang besar
- Sedikit belacan
(Cili kering, bawang besar & sedikit belacan dikisar bersama) - ½ cawan air asam jawa
- 1 sudu makan gula
- 1 cawan ikan bilis (Dibelah)
- 1 cawan kelapa parut (Ambil putih sahaja)
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan beras pulut, air, dan sedikit garam ke dalam periuk nasi elektrik.
- Masakkan seperti memasak nasi biasa.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan air asam jawa, gula, ikan bilis, dan garam. Masak sehingga pekat dan naik minyak semula.
- Apabila pulut sudah masak, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
- Masukkan pulut yang sudah digaul di dalam mangkuk dan tekan.
- Hidangkan bersama sambal bilis.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.