Pulut Pisang

Tak tahu nama sebenar kuih ni. Letak je Pulut Pisang. Kalau ada yang tahu, sila maklum ye?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Pisang

Tak tahu nama sebenar kuih ni. Letak je Pulut Pisang. Kalau ada yang tahu, sila maklum ye?

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilogram beras pulut
  • 3 @ 4 biji pisang nangka
  • 3 cawan kelapa parut
  • Gula
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan
  • Pewarna (biasanya kuih ni warna hijau)
  • Plastik – buat lubang pada plastik tersebut
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam pulut dengan pewarna semalaman.
  • Buang kulit pisang. Masukkan pisang ke dalam plastik.
  • Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam plastik tadi, pastikan pisang duduk ditengah. Letak beras hingga menutupi keseluruhan pisang.
  • Gulung lebihan plastik dan ikat kemas. Pastikan plastik di tebuk lubang di sekelilingnya. (Saya buat lubang dengan cucuk garpu di sekeliling plastik).
  • Panaskan kukusan, kukus bila dah siap dibungkus semuanya. Kukus hingga pulut masak.
  • Sementara itu, masak gula bersama sedikit air. Masukkan sekali daun pandan untuk aroma. Tambah sedikit garam…supaya lemak manis begitu. Bila dah mendidih, tuangkan air gula ke atas kelapa parut. Kacau sebati.
  • Bila pulut dah masak, boleh la dikeluarkan dan dipotong kecil. Kemudian pulut pisang tadi digaul bersama kelapa parut yang telah diletakkan air gula. Boleh la dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago