Project Description

Bagaimana cara nak masak Pulut Pisang Emas?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Pisang Emas

Bagaimana cara nak masak Pulut Pisang Emas?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 3 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 5 biji pisang emas 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Tali rafia secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan beras pulut, santan, garam, dan daun pandan ke dalam kuali nonstick. 
    2. Masakkan sambil sentiasa mengacau sehingga sebati dan santan kering. 
    3. Masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan. 
    4. Daun pisang dilayurkan dan potong kecil. Lap bersih. 
    5. Ambil tiga sudu makan pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan pisang yang dibuang kulit ditengah-tengahnya dan balut. 
    6. Kemaskan bungkusan pulut dan ikat kedua-dua hujungnya dengan tali rafia. 
    7. Masukkan pulut yang sudah dibungkus dan air secukupnya di dalam periuk dan rebuskan selama 25-30 minit. 
    8. Keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Buka ikatan tali dan potong kecil. 
    9. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.