Project Description

Bagaimana cara nak masak Pulut Pagi Versi Kelantan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Pagi Versi Kelantan

Bagaimana cara nak masak Pulut Pagi Versi Kelantan?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 2 sudu makan gula pasir 
  • 1 cawan air 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 1 cawan kelapa parut muda 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap). 
    2. Masakkan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan sehingga mendidih. 
    3. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 
    4. Tapiskan air gula merah ke dalam mangkuk berisi pulut dan kacau rata 
      sehingga sebati. 
    5. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap. 
    6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. 
    7. Hidangkan pulut bersama kelapa parut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.