Hidangan Sajian Manisan dari Thai, Pulut Mangga Ala Thai memberikan anda keunikan, kesempurnaan dalam satu manisan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Thai

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

10 min
PENYEDIAAN

20 min
MASAK

2 orang
HIDANGAN

Pulut Mangga Ala Thai

Hidangan Sajian Manisan dari Thai, Pulut Mangga Ala Thai memberikan anda keunikan, kesempurnaan dalam satu manisan.

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)

  • 1 cawan santan cair

  • Sedikit garam (Santan dibancuh dengan sedikit garam)

  • 2 biji mangga masak (Dihiris)

  • 1 cawan santan pekat

  • 1 sudu makan tepung jagung

  • 3 sudu makan gula pasir

  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap).

  • Masukkan pulut ke dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan santan cair yang dibancuh garam. Gaul sebati.

  • Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap semula.

  • Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga naik wap sambil sentiasa mengacau sehingga agak pekat.

  • Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat

  • Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN