Hidangan Sajian Manisan dari Thai, Pulut Mangga Ala Thai memberikan anda keunikan, kesempurnaan dalam satu manisan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Thai
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
10 min
PENYEDIAAN
20 min
MASAK
2 orang
HIDANGAN
Pulut Mangga Ala Thai
Hidangan Sajian Manisan dari Thai, Pulut Mangga Ala Thai memberikan anda keunikan, kesempurnaan dalam satu manisan.
BAHAN-BAHAN
1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
1 cawan santan cair
Sedikit garam (Santan dibancuh dengan sedikit garam)
2 biji mangga masak (Dihiris)
1 cawan santan pekat
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap).
Masukkan pulut ke dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan santan cair yang dibancuh garam. Gaul sebati.
Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap semula.
Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga naik wap sambil sentiasa mengacau sehingga agak pekat.
Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat
Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.